Inovasi teknologi telefon telah berkembang dengan pesat hingga mengubah persepsi penggunaan telefon yang asal. VoIP adalah nama baru dalam teknologi komunikasi. VoIP adalah dari perkataan “Voice over Internet Protocol” pada dasarnya VoIP adalah bermaksud “voice transmitted over a digital network” di mana suara akan dihantar melalui rangkaian secara digital. VoIP juga lebih dikenali sebagai IP Telephony yang menyokong penggunaan komunikasi suara dalam bidang korporat, swasta, mahupun awam samada menggunakan kabel ataupun rangkaian tanpa wayar (wireless).
Bagaimana VoIP beroperasi?
Pada permulaan pembangunan VoIP hanya diimplimentasikan melalui Internet. Namun kini VoIP telah beroperasi melalui hampir kesemua jenis rangkaian yang terdapat pada masa kini.Protokol merujuk kepada jenis panduan yang digunakan dalam rangkaian untuk menghantar dan menerima isyarat. Isyarat ini terdiri daripada ketinggian dan kerendahan denyutan elektrik atau optikal yang lebih diwakili dengan 1s dan 0s rangkaian digital.
IP Telephony beroperasi dengan cara menukar komunikasi suara kepada bentuk paket data melalui LAN (Local Area Network). Switch paket VoIP meletakkan isyarat suara kepada bentuk paket bersama-sama dengan isyarat suara tersebut termasuk alamat penerima dan pemberi.Paket VoIP boleh melalui mana-mana rangkaian yang mempunyai sokongan VoIP. Laluan paket VoIP tersebut boleh memilih laluan altenatif dan tidak semestinya melalui laluan yang telah ditentukan dalam rangkaian.
Dalam situasi ini, isyarat suara boleh dipaketkan seperti paket data ini membolehkan sesebuah organisasi itu menimbangkan penggunaan infrastruktur rangkaian yang sedia ada untuk data dan aplikasi suara. Oleh itu VoIP boleh digunakan di mana-mana sahaja selagi anda mempunyai jaringan rangkaian samada melalui komputer peribadi, IP Telephone, PDA dan samada menggunakan kabel atau rangkaian tanpa wayar.
Gambar Rajah VoIP
– Mohd Nazeri Ahmad