Stress berlaku apabila seseorang menghadapi masalah besar dan berfikiran negative terhdap sesuatu perkara. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan stress berlaku dalam seseorang individu.Antara punca stress adalah mengalami masalah hidup seperti masalah kewangan, rumahtangga, persahabatandan stress juga disebabkan oleh faktor sekeliling.
Tanpa disedari, stress akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia jika mengalami tekanan yang berterusan. Oleh yang demikian, individu haruslah bijak untuk menangani masalah stress yang selalu berlaku dalam diri manusia.
Antara cara untuk mengatasi masalah stress adalah mengatur pemakanan yang betul. Makanan adalah penting untuk individu mempunyai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.
Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan perasaan stress tersebut timbul. Tambahan lagi, pengambilan makanan secara diet yang seimbang juga akan dapat menambah zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil makanan yang menjamin kesihatan tubuh badan.
Langkah seterusnya berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk kita berfikir secara bernas dan bijak ketika berada dalam sesuatu situasi yang tegang. Semua masalah boleh diselesaikan jika kita berfikir secara positif dan rasional dan stress hanya akan membebanka nmasalah yang timbul dalamdiri seseorang.
Oleh itu, seseorang akan lebih mudah mengawal emosi jika berfikiran positif dan bersedia untuk mencari altenatif penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah tanpa perlu mempengaruhi kesihatan diri sendiri. Selain itu, individu juga tidak perlu membeban kandiri masing-masing. Hal ini berlaku apabila seseorang itu menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara hingga terlupa akan kemampuan diri yang dimiliki beliau. Oleh itu, individu harus sedarakan kemampuan kita kerana stess akan berlaku jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan atau mengalami kegagalan. Lalu, jalan penyelesaian adalah melakukan tugasan secara sistematik agar perasaan stress dapat dielakkan dari semasa ke semasa.
Berehat juga boleh mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang mengalami stress akan sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud, tubuh badan tidak memperolehi rehat yang secukupnya lalu ia akan memudaratkan kesihatan seseorang. oleh yang demikian, seseorang individu hendaklah mengatur masa tidur dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah. Tambahan lagi, beriadah dan mendengar music secaraber sendiri juga boleh merehatkan minda daripada masalah stress.
Alternatif yang seterusnya ialah berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Sebagai seorang manusia, kita hendaklah berinteraksi dengan orang lain agar hidup tidak berseorangan. Hal ini kerana berseorangan juga boleh menimbulkan perasaan stress. Kita perlukan seseorang untuk menyokong dan mendorong supaya hidup lebih bermotivasi dan ia jugaa kan menghilangkan rasa rungsing yang berada dalam fikiran. Olehitu, individu haruslah meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan pada masa kelapangan.