Haid Tidak Teratur

haid tak teratur, masalah haid, tempoh haid, kitaran haid, jarak haid normal, darah haid, ciri darah haid, haid wanita, haid perempuan, pertama kali haid, haid yang pertama,

Wanita diluar sana, jangan ambil remeh tentang perihal kesihatan dalaman anda. Adakah anda wanita yang sudah mengalami proses datang bulan? Jika benar, perkongsian pada kali ini adalah semeangnya untuk anda. Adakah anda pernah mengalami masalah haid tidak lawas atau tidak teratur? Kadang-kala datang tepat pada waktunya, kadang-kala lambat, ada juga yang datang belum cukup sebulan sampai 2 kali. Jika anda pernah mengalami masalah ini, anda mungkin sedang mendapat gejala haid tidak teratur.

Mari kita rungkai sedikit sehanyak kenapa ianya berlaku. Bagi yang dah terbiasa dengan keadaan ini, jangan ambil remeh ya. Haid yang tidak teratur adalah mungkin disebabkan anda sedang mengalami masalah dalaman yang tertentu. Contohnya jika anda wanita yang lebih berusia, anda mungkin sedang menopos. Tidak perlu risau, ini semuanya adalah normal ya kerana peningkatan usia boleh merencatkan pertumbuhan hormon dan perkara ini tidak berbahaya, ianya adalah proses semulajadi wanita menuju kearah usia yang lebih lanjut. Namun begitu, lain pula kalau haid tidak lawas pada usia muda, contohnya jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun kekurangan berat badanz ianya juga bakal merencatkan pertumbuhan hormon dan melambatkan fungsi kelenjar pitituari.

Bagi yang mengalami masalah berat badan, cara yang terbaik untuk mengawal aturan haid anda adalah dwngan memastikan anda mengubah amalan gaya hidup anda seperti memakan makanan mengikut diet yang seimbang dan teratur. Makan dengan sedikit tetapi secara kerap mengikut jadual pemakanan harian yang sekata, adalah cara yang baik untuk mengawal diet. Bukan sahaja boleh mengawal aturan haid, malah ianya juga berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan.capabila sistem pencernaan lancar, maka toksin di dalam badan juga boleh dikurangkan dan perjalanan hormon di dalam sistem peredaran juga dapat dirembeskan dengan sempurna.

Anda perlu tahu corak haid yang baik untuk menentukan adakah anda mengalami gejala haid tidak lawas. Oleh itu, buat pengiraan daripada hari pertama anda datang haid kemudian hari haid hilang lalu dalam sebulan tu adakah dia datang balik ataupun sedikit lambat. Dengan cara jni, mengikut perkiraan hari pertama sehingga 28 hari, anda dapat menentukan adakah haid anda teratur ataupun tidak. Jangan malu untuk bertanya adakah anda sedang mengalami haid tidak teratur, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesihatan wanita berkenaan masalah haid anda. Ini adalah penting untuk mengenalpasti adakah haid tidak teratur anda normal ataupun anda mengalami gejala polycystic Ovarium syndrome. Sindrom ini adalah dikenali sebagai penempelan atau ketumbuhan pada bahagian rahim yang merencatkan perjalanan hormon lalu menghalang haid daripada berlaku dan ianya memerlukan rawatan medikal yang khusus terutamanya dalam pengambilan zat besi dan asid folik untuk mengurangkan masalah tersebut lalu secara langsung menghilangkan sindrom tersebut.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, jangan risau kalau haid anda tidak teratur. Boleh jadi juga ia lambat datang kerana anda sedang hamil. Sebelum membuat andaian tertentu, cuba dahulu kenalpasti dengan alat ujian kehamilan. Kalau anda sedang hamil, haid tidak teratur atau tidak datang langsung bukanlah menjadi masalah kerana tiada lagi proses ovulasi yang berlaku untuk menjaga kitaran kesuburan. Tambahan pula, kalau anda ibu yang menyusu badan, haid tidak teratur juga adalah masalah normal. Ini kerana rembesan hormon banyak dibekalkan kepada susu badan untuk mendapatkan nutrisi yang baik untuk dibekalkan kepada bayi.

 

Ubat untuk haid tidak teratur boleh cuba Aprikot Seeds KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *