Kelebihannya yang tersembunyi membuatkan diri yang mencuba tertanya- tanya apakah kesan nenas batu ini boleh membantu kesihatan setiap dari kita. Jawapannya adalah dengan izin Allah. Dia yang memberi sakit Dia juga yang memberi kesembuhan. Dan Dia juga mencipta nenas batu ini untuk mengurangkan kelelahan hambanya menanggung kesakitan. Amin.
Aslinya sudah tidak dapat disangkal lagi. Jika kecantikan anak gadis boleh dilihat melalui lenggok gaya hiasan luarannya. Tidak pada nenas batu. Rupa dan warnanya menunjukkan keasliannya. Anda hanya perlu rasa dan sentuh anugerah Allah ini. Keras macam batu rupa macam kayu. Antikkan. Ada juga menjadikan nenas batu ini sebagai hiasan deko ruang tamu. Bagi yang sihat ia sebagai hiasan rumah. w bagi yang menanggung kesakitan ia adalah ramuan asli merawat diri penghuni rumah.
Rasa nenas batu ini bukan perlu dikunyah atau dikulum buahnya. Anda hanya perlu masak air hingga mendidih dan sediakan satu jug. Masukkan air panas didih tadi kemudian nenas batu. Anda akan sedikit terkejut kerana anda akan lihat satu keajaiban berlaku. Nenas batu yang direndam dalam air didih akan mengecut. Kecutan itu adalah bukti keasliannya. Jika ia tidak mengecut ia bukan nenas batu yang anda cari. Selepas satu jam anda bolehla keluarkan nenas tadi. Seterusnya anda boleh perhatikan dalam air rendaman tadi ada sedikit serbuk seakan serbuk kayu. Jika anda tidak selesa anda boleh tapis dahulu sebelum minum. Dan jika seseorang yang tidak kisah, silakan terus minum. Amalkan sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum masuk tidur. Rasa air ini hanya seperti air kosong yang dititiskan satu aroma keaslian. Anda mesti cuba.