Burung kenari (Serinus Canaria) pertama ditemui Oleh Pelaut Perancis Jean de berthan Cout di Kepulauan Canary pada abad ke-15. Terkesan kerana keindahan bulu dan kemerduan suaranya. Keaneka ragaman burung kenari yang sekarang merupakan perkembangan keturunan kenari liar yang bernama latin Serinus Canarius. Banyaknya jenis ini merupakan keadaan alam atau juga kerana kawin silang yang berlaku sejak lima abad yang lalu. Negara Belanda yang kini lebih dikenali sebagai negara pengeksport kenari Indonesia, semula mendatangkan kenari dari Inggeris, Jerman dan Belgium kemudian kenari tersebut dikahwinkan dengan kenari liar dan menghasilkan beberapa jenis seperti Norwich, scoth fancy, bolder fancy, london fancy, yorkshire, lanchaisire, gloser, dan sebagainya. Nama burung kenari tidak berkaitan dengan buah kenari, melainkan diambil dari nama pulau habitat asalnya, iaitu Kepulauan Canary. Kepulauan itu sendiri mendapat namanya daripada bahasa Latin canarias yang bererti (pulau) anjiing, kerana banyaknya anjing liar yang ada di sana pada zaman dahulu. Kurangkan Kolestrol dalam Darah Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar kosong, perah limau nipis atau limau kasturi yang dicampur dengan sesudu madu,dan diminumkan beserta selawat 3 kali . Dengan mengamalkan setiap hari , kadar kolestrol boleh dikurangkan . Bagi mereka mempunyai masalah berat badan , jika diamalkan sambil mengurangkankan makanan berminyak , pasti dapat mengatasinya. Menghilangkan Karat pada Pakaian Putih Sebelum mencuci pakaian yang kesan karat, terlebih dahulu potong sebiji limau nipis , kemudian perah dan gosok pada pakaian yang terkena karat sehingga bersih . Kemudian basuh seperti biasa. insaAllah ianya berkesan. Memudahkan segala urusan Diambil dari ayat 8 surah yaasin . Amalkan setiap kali selepas solah 5 waktu atau dibaca tidak kira apa jua niat anda. InsyaAllah segalanya menjadi mudah urusan anda. contohnya: interview, baca ketika hendak masuk jumpa si penemuduga . Baca dengan yang ikhlas. Hilangkan Kesan Parut Jerawat Muka Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai muka berminyak mereka bernasib baik kerana muka yang berminyak boleh menghilangkan parut jerawat walau memakan masa yang lama sedikit. Cara yang lain iaitu anda tidak dibenarkan makan kicap bagi mengelakkan kesan parut jerawat tersebut. Sakit Tumit Kaki Ambil 500g garam kasar dipanaskan menggunakan kuali dengan cara menggoreng tanpa minyak. Panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas. Setelah garam tersebut menjadi panas, bungkus menggunakan kain, kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut . InsyaAllah ia akan sembuh. Mencantikkan Kulit Muka Sapu muka dengan telur merah atau putih biar hingga kering. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dengan tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari lnsyaAllah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur. Mencuci Muka Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakkan pada muka anda seperti memakai mask , selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah, biar sehingga kering. Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya anda akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sekali setiap minggu. InsyaAllah jerawat akan hilang dan kulit akan bersih dan Iembut. Naikkan Seri Wajah Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan setiap pagi. InsyaAllah wajah akan kelihatan berseri-seri. Menceriakan Hari Anda Setiap insan menginginkan kehidupan yang ceria tanpa banyak masalah. Caranya ialah banyak mengingati Allah dengan mengamalkan zikir Laa ilahaillaAllah seribu kali, selawat seribu kali. lnsyaAllah, hati akan menjadi tenang dan setiap masalah anda akan menjadi mudah dengan berkat zikir dan selawat. Penawar Resdung Penyebab resdung adalah kekotoran atau hama yang kita melalui pernafasan. Seperti yang kita sedia maklum di Mesir ini kita sering terdedah dengan habuk. Anda digalakkkan supaya rnengamalkan perbuatan menyedut air ke dalam hidung (seperti berwuduk) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi, baik ketika pulang dari kuliah, kedai, pendek kata dari mana sajalah. Amalkan, kesannya sungguh menakjubkan InsyaAllah. Melembapkan Bibir Untuk melembap bibir anda, ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.