Rahsiat awet muda, kekal anggun dan cantik jelita boleh ditemui dalam kandungan Royal Jelly. Royal Jelly atau nama lainnya ialah susu lebah adalah makanan utama Ratu Lebah. Royal Jelly diperkaya dengan hormon dan ekstrak daripada Ratu Lebah dan berfungsi memperbaiki keremajaan kulit dan menggalakkan anti –penuaan.
Selain itu, Royal Jelly juga berkesan meremajakan sel-sel tubuh badan, otak, saraf dan organ tubuh. Sangat efektif dimasa kini. Khasiat dan keajaiban Royal Jelly sangat luarbiasa dan harus diterokai secara menyeluruh.
Royal Jelly mengandungi cairan kental yang berwarna putih. Ianya dihasilkan oleh lebah-lebah muda sebagai makanan kepada larva lebah dan juga makanan rasmi Ratu Lebah untuk sepanjang hidupnya. Royal Jelly sangat kaya dengan asid amino, hormon-hormon, vitamin B, niacin, biotin asid panthotenat, asid folat, vitamin C dan juga mineral. Ianya dihasilkan melalui lebah-lebah muda yang memakan bee pollen dan madu, kemudian dikeluarkan melalui kelenjar-kelenjar hypopharyngeal berupa cairan putih kental yang berada di kedua-dua sisik kepala dan leher Ratu Lebah.
Namun begitu, apakah kelebihan Royal Jelly? Sudah pasti ianya adalah suplemen kuat melawan penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melambatkan proses tua seperti menopause dan mengelakkan ketidaksuburan. Tambahan pula, kandungan nutrient yang tinggi di dalam Royal Jelly berupaya mempercepatkan proses penyembuhan tulang dan juga meningkatkan kadar metabolism badan di samping memastikan badan kekal cergas dan sihat berpanjangan sepertimana Ratu Lebah yang meminum Royal Jelly. Kajian menunjukkan bahawa Ratu Lebah mampu hidup lebih daripada 5 tahun berbanding daripada lebah-lebah yang lain. Royal Jelly juga berkesan merawat penyakit hipertensi, rheumatic, diabetes dan juga malnutrisi.
Royal Jelly boleh diperoleh dengan cara menternak sendiri lebah dengan memberinya makan bee pollen dan madu yang cukup. Lalu setelah larva dihasilkan, lebah-lebah tersebut akan memasukkan Royal Jelly kedalam larva-larva yang telah dipilih. Setelah 3 hari, Royal Jelly boleh disedut daripada larva sehingga Royal Jelly sahaja yang tinggal.
Royal Jelly yang telah dikumpul akan ditempatkan di dalam ‘freezer’ untuk menjaga kualiti dan kesegarannya. Penghasilan Royal Jelly melalui cara penternakan ini memerlukan penjagaan yang rapid an professional bagi memastikan Royal Jelly yang dihasilkan berkualiti dan berkhasiat.
Secara keseluruhannya, Royal Jelly juga memainkan peranan yang besar di dalam penjagaan awet muda. Rahsia kehebatan Royal Jelly belum diterokai dengan sepenuhnya. Royal Jelly sangat tinggi dalam khasiatnya yang tersendiri dan perlu dikaji dengan lebih mendalam.