Khasiat Susu C2Joy
Pernah dengar tentang kolostrum? Kalau belum, maknanya anda sedang ketinggalan. Kolostrum bukanlah sesuatu yang asing lagi pada masakini, ianya merupakan zat atau nutrisi kalsium semulajadi yang mempunyai komposisi yang sama dengan komposisi tulang manusia. Adakah ianya selamat? Lebih daripada selamat, kerana mengamalkan kolostrum samalah juga seperti anda membantu tulang dan tubuh badan anda menjana kalsium dan protein secara semulajadi. Namun begitu, apabila usia kian meningkat, fungsi ini semakin berkurang dan menyebabkan tubuh badan manusia terdedah kepada pelbagai ancaman termasuklah penyakit kronik seperti kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kelamin dan banyak lagi. Jadi apa mukjizat dalam mengamalkan kolostrum? Ianya membantu merangsang dan menstabilkan fungsi protein dan kalsium di dalam badan.
Kita semua sedia maklum yang kalsium adalah penting untuk tulang dan juga gigi. Namun, tak semua sedar yang tulang yang tidak sihat bukan sahaja menyebabkan gigi tidak sihat, malah ia juga berpotensi untuk mengurangkan sistem imunisasi badan melawan penyakit berikutan kekurangan sel darah putih di dalam badan Sel darah putih dihasilkan dimana? Ya, melalui tulang. Oleh itu, kalau tulang tak sihat, seluruh sistem badan anda akan berisiko untuk mendapat penyakit. Oleh sebab itulah, pentingnya dalam menjaga kalsium dan fungsi protein di dalam badan kita. Tapi, jangan risau, ni kan zaman millenium, setiap penyakit setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Oleh sebab itulah kita bercerita tentang kolostrum tadi. Ianya berperanan untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko semua masalah diatas. Macam mana nak dapatkan kolostrum?
Gigih ya membaca? Baiklah, kami perkenalkan satu produk yang dikenali sebagai susu C2JOY. Apa dia susu C2JOY ni? Tak pernah dengar ya? Jangan menggelabah, mari kita kupas satu demi satu. Susu C2JOY ini adalah susu berasaskan kolostrum semulajadi yang dihasilkan oleh lembu berkualiti tinggi dari New Zealand, dikaji lalu diekstrak ke dalam kandungan susu C2JOY. Selain itu, susu ini juga mengandungi fungsi Immunoglobin yang tinggi yang membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi, kalsium dan protein yang tinggi berpotensi menjamin kestabilan fungsi sistem sirkulasi badan, krim susu semulajadi dan juga Trucal D7, iaitu zat kalsium semulajadi yang tinggi dengan vitamin A, B6, B12, C & E.
Dalam pemasaran produk susu C2JOY, kami tidak memberikan testimoni palsu. Apa yang anda baca lihat dan cuba kaji dengan lebih mendalam, semuanya diceritakan dengan fakta yang jelas dan kukuh. Sebagai contohnya, produk susu C2JOY adalah berpotensi meningkatkan imunisasi badan dan dengan sistem imunisasai yang tinggi, sudah tentu dapat melawan pelbagai penyakit dan mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan yang lain termasuklah penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, kanser dan juga penyakit saraf. Bukan merawat, tetapi mengelakkan dan juga mengurangkan risiko untuk mendapat sakit tersebut kerana apabila anda mengamalkan susu C2JOY sebenarnya anda sudah selangkah dalam membantu diri sendiri untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Susu C2JOY berperanan untuk memberi stimulasi kuat kepada tubuh badan dalam penjanaan hormon terutamanya hormon pertumbuhan yang membantu pembentukan tulang yang kuat dan sihat sekaligus melancarkan sistem peredaran darah lalu meningkatkan fungsi organ dalaman seperti fungsi saraf, fungsi limpa, fungsi jantung dan juga fungsi buah pinggang. Susu yang diperoleh daripada lembu yang baharu melahirkan ini mengandungi zat dan khasiat yang 3 kali ganda lebih tinggi berbanding susu lembu yang sudah melahirkan. Ini kerana, zat yang diperoleh daripada susu ini iaitu kolostrum tersebut merupakan zat awal yang pertama dihasilkan oleh kelenjar susu lembu dalam membekalkan protein dan susu pada tahap maksima, oleh sebab itulah ianya mempunyai komposisi yang sama dengan tulang manusia.
Kolostrum daripada susu C2JOY menyediakan faktor pertumbuhan dan imunisasi yang tinggi dengan kombinasi vitamin serta mineral semulajadi untuk memastikan kesihatan tubuh badan dan juga hormon berada pada tahap tertinggi. Berikut merupakan 6 manfaat tertinggi dalam mengamalkan kolostrum dalam kehidupan seharian anda terutamanya kolostrum yang dibekalkan oleh susu C2JOY.
Yang pertama, ianya mempunyai antibodi yang tinggi dapat mempertahankan tubuh badan daripada serangan penyakit sekaligus meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit, virus, bakteri dan sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu hamil, menyusu ataupun kanak-kanak berusia dibawah 12 tahun khas untuk membantu dalam pembentukan imunisasi secara semulajadi pada tahap maksimum. Seterusnya susu C2JOY adalah baik untuk minda, bukan sahaja mampu menguatkan fungsi otak malah dapat menguatkan daya ingatan sekaligus mengurangkan risiko alzheimer.
Yang ketiga, kalsium atau kolostrum adalah baik untuk tulang dan gigi. Memang tidak dapat disangkal lagi, walaupun ini adalah sesuatu yang diketahui ramai, tetapi tidak cukup dengan sekadar mengetahui, anda perlu mengamalkannya baharulah ilmu yang kit ada itu bukan sahaja dipelajari, malah diamalkan untuk memaksimumkan keupayaan tubuh badan dan juga akal kita. Yang keempat pula, kolostrum adalah berprotein, maka sesuatu yang berprotein adalah sangat tinggi dengan antioksida dimana ianya membantu mengurangkan penuaan dan sekaligus merangsang hormon pertumbuhan untuk mengekalkan awet muda kepada pengamalnya.
Yang kelima, kolostrum adalah baik untuk usus. Ini kerana usus manusia adalah sangat tercemar dengan toksin disebabkan oleh faktor pemakanan. Oleh itu, kolostrum berperanan untuk mencuci dan melancarkan salur pencernaan secara semulajadi dan menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan dengan perkumuhan yang lebih lancar. Yang terakhir pula, kandungan vitamin yang tinggi di dalam kolostrum dapat membantu dapat kesihatan mata, urat safat, menambah penghasilan sel darah di dalam sistem peredaran darah di dalam badan, menjamin kesihatan kulit terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan juga dapat melawan penyakit kardiovaskular.