Artikel ini adalah ditulis bagi memenuhi keperluan pengetahuan wanita tentang penyakit , dos rawatan dan pencegahannya yang perlu diketahui oleh para wanita bujang berkahwin dan juga berumur. Suasana, cuaca dan iklim yang berbeza akan menyebabkan kita menjadi alah dan mudah terkena penyakit sepanjang kehidupan kita di kini. bagi tujuan pencegahan dan maklumat bantuan kepada wanita, penulis memikirkan perlunya ditulis perkongsian ini sebagai panduan ringkas terutama sekali penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sakit puan. Walaupun penyakit-penyakit lain ada juga dimasukkan di dalam perbincangan, tetapi fokus utama artikel ini adalah pada penyakit sakit puan.
KUMPULAN PENYAKIT SAKIT PUAN
- Kanser buah dada
- Ketumbuhan pada buah dada
- Senggugut
- Endometriosis
- Endometritis
- Ketumbuhan pada ovari
- Barah rahim dan pangkal rahim
- Bengkak dan ketumbuhan pada kalenjar Bartholin
- Vagnitis-jangkitan / ketumbuhan pada faraj
KUMPULAN PENYAKIT BIASA
- Alergik/alahan
- Epistaksis (pendarahan hidung(
- Gastrik dan ulser
- Darah Tinggi
- Darah Rendah
- Asthma
KUMPULAN PENYAKIT-PENYAKIT DI DALAM KATEGORI SAKIT PUAN
- Kanser Buah Dada
Kanser buah dada merupakan kanser utama yang dihidapi oleh wanita. Sejumlah 115 000 dapat dikesan setiap tahun dan angka kematian adalah 38 000 daripada kes tersebut. Pada tahun sahaja sejumlah 175 000 kes kanser dicatatkan dan jumlah kematian adalah 44 500 kenyataan ini menunjukkan bahawa setiap 9 orang wanita 1 daripadanya berkemungkinan akan dihidapi kanser buah dada. Tahap umur yang paling berisiko tinggi bagi wanita mendapat penyakit ini adalah sekitar 39-49 tahun. Merupakan penyakit utama bagi wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun.
Kumpulan wanita yang berisiko tinggi mengidap kanser buah dada :
Wanita yang ibu atau saudara perempuannya pernah mengidap penyakit ini.
wanita yang tidak mempunyai anak (sama ada anak gadis atau suri rumah mandul)
Wanita yang mendapat anak pertama selepas umurnya 30 tahun
Wanita yang pernah mengidap penyakit ini pada salah satu buah dadanya
Wanita yang pernah mengalami baligh terlalu awal 9-12 tahun
Kumpulan sosio ekonomi yang tinggi
Wanita yang dilahirkan di amerika Uýtara lebih tinggi risikonya daripada wanita di Amerika Selatan
Sebab-sebab bagi kategori 7/8 adalah 9 adalah tidak diketahui
Wanita gemuk
Wanita yang mengambil pil perancang
Tanda-tanda amaran :
– Biji/ketul keras yang tidak hilang termasuk di bawah ketiak
– Benjolan di bawah lapisan kulit buah dada
– Keluar cecair melalui puting pada wanita yang tidak menyusu/tidak pernah bersalin
– Puting susu tertarik kemana-mana arah serta apa-apa perubahan pada puting susu sama ada dari segi saiz atau sebagainya
– Ketidaknormalan pada bentuk biasa buah dada (seperti besar sebelah dsb)
– Perubahan pada tahi lalat
- Ketumbuhan pada buah dada
Ia adalah sejenis penyakit (Benign) jinak yang diakibatkan oleh perkumpulan tisu-tisu librous pada sel-sel buah dada. Penyakit ini adalah tidak serius. Pesakit akan sering menghadapi kesakitan pada buah dada pada masa kedatangan haid. Kesakitan inilah yang mengelirukan para doktor untuk membuat keputusan sama ada ketumbuhan ini adalah jenis jinak atau jenis (maghnant) yang disifatkan sebagai kanser. Tidak ada cara perubatan moden yang dapat menghilangkana penyakit ini kecuali mengawalnya daripada berlaku dengan mengurangkan pengambilan . Penggunaan pil perancang juga mungkin punca utama.
Tanda-tanda amaran:
– Biji/ketul keras yang tidak hilang termasuk di bawah ketiak
– Benjolan di bawah lapisan kulit buah dada
– Keluar cecair melalui puting pada wanita tidak menyusu/tidak pernah bersalin
– Puting susu tertarik kemana-mana arah serta apa-apa perubahan pada puting susu sama – ada dari segi saiz atau sebagainya
– Ketidaknormalan pada bentuk biasa buah dada
Pemeriksaan awal amat membantu di dalam rawatan kanser buah dada 90% daripada (Localised canser) dapat disembuhkan kini. Kuncinya adalah kepantasan mengesan penyakit ketika ianya masih boleh diubati. Selepas beberapa ketika, apabila tahap kanser sudah sampai keperingkat membunuh, tiada apa yang dapat kita alkukan hanya berdoa dan menunggu saat-saat (semoga Allah melindungi kita semua dari penyakit ini).
- Senggugut (Menstrual Pain)
Ia adalah sejenis penyakit biasa yang dialami oleh kebanyakan anak gadis kerana kesempitan tiub. Kesakitan berlaku di bawah ari-ari sekitar bawah perut dan kemaluan. Kadang-kadang ari-ari seperti hendak jatuh. Tidak berlaku pada wanita mengandung. Tidak diiringi muntah-muntah, demam, perubahan warna pada najis dan tidak diiringi pengeluaran darah yang berbau busuk. Kebanyakan wanita yang belum berkahwin mengalaminya, ia bermula pada permulaan period dan beransur-ansur hilang sehingga 2-3 hari yang terakhir.
Kesakitan yang teruk dan kerap serta tidak diiringi oleh sebarang penyakit lain, dipanggil Dysmenorrhea. Ia berlaku paling teruk pada lingkungan umur 15-25 tahun. Mungkin juga sepanjang tempoh subur wanita. darah/ ultra sound dan laparoscapy adalah dinasihatkan
Langkah-langkah bagi mengurangkan kesakitan :
– Rehat dan berbaring apabila sakit bersangatan
– Tekan pada bahagian bawah ari-ari dengan menggunakan alat-alat yang sesuai
– Jumpa doktor dengan segera jika kesakitan bersangatan
- Endometriosis
Rahim wanita mempunyai lapisan yang melapisi bahagian dalam rahim. Lapisan in membesar setiap bulan bagi tujuan penyediaan makanan bagi telur yang sedang membesar. Ia adalah endometrium yang akan membesar menjadi sumber penyediaan makanan bagi janin kelak. Perkembangannya adalah hasil gabungan antara rembesan hormon-hormon tertentu. jika sekiranya endometrium ini tidak digunakan (telur tidak disenyawakan), ia akan dirembesakan bersama darah haid. Endometriosis berlaku apabila tisu-tisu emdometrial berkembang di luar rahim (biasanya di bahagian lain sistem peranakan) seperti di ovari. Ianya kerap berlaku pada tahap umur yang boleh mengandung.
Tanda-tanda biasa :
– Kerap diserang menstrual pain (senggugut(
– Darah keluar banyak atau tempoh berpanjangan
– Sakit besar kemungkinan menghadapi masalah kemandulan
- Endometritis
Ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada lapisan rahim yang dipanggil endometrium selalunya mengiringi kalahiran atau keguguran. Selepas kelahiran normal, darah nifa akan berpanjangan sehingga melebihi 7-10 hari dengan pertukaran warna darah daripada merah kepada warna atau merah muda yang cair atau kadang-kadang pekat dan berbau busuk.
- Ketumbuhan Ovari
Sudah biasa dan berlaku hampir setiap kali berlaku ovalusi. satu lubang akan
terbentuk di mengambil tempat telur yang telah matang dan mengalami rupture. Kadang-kadang pada pertengahan pusingan ovulusi, lubang yang berkenaan akan memecah menyelamatkan kesakitan yang kuat.
Tanda-tanda biasa :
– Sakit sebelah pada bahagian bawah ari dan selalunya membawa ke arah belakang.
– Terasa loya
– Hilang selepas 3 hari
- Barah rahim (uterine) dan pangkal rahim (Cervical)
Pada tahun 1991 sahaja terdapat 13,000 kes kanser pangkal rahim dan 4,500 daripadanya membawa kematian. Jika digabungkan kanser rahim dan pangkal rahim terdapat 46,000 kes dan daripadanya mati.
Wanita berisiko tinggi mendapat barah rahim:
-berlaku selalunya pada tahap umur antara 55-65 tahun
-Perempuan mandul
-Wanita tiada ovulusi
-Lambat putus haid
-Gemuk
-mengambil oestrogen terlalu lama sebagai rawatan setelah menopause
-Pengidap barah pangkal rahim
-Kumpulan sosio-ekonomi rendah
-Genital Herpes
-Hubungan kelamin terlalu awal
-Banyak pasangan seks
-Coital bleeding Pendarahan selepas menopause (biasanya selepas berhenti haid terakhir)
- Bengkak dan ketumbuhan pada kalenjar Bartholin
Kalenjar Bartholin adalah terletak pada dua dinding dalam faraj. Ianya amat sukar dilihat dan jika ada jangkitan padanya. Ia akan membengkak dan bernanah (berlaku selalunya dalam syphllis).
Tanda-tanda:
Kalenjar membengkak menjadi merah dan panas
bernanah
bengkak sebelah
pemeriksaan faraj mesti dilakukan
pendarahan kecil membuang kalenjar yang sakit
1.9 Vagnitis – jangkitan/ketumbuhan pada faraj
Wanita mengeluarkan sedikit sahaja darah haid. Ini adalah hasil keseimbangan acid-acid yang ada dalam faraj. Jika keseimbangan ini terganggu, bakteria boleh membiak dan menyakiti dinding faraj.
Sebab
-Pengambilan antibiotik terlalu lama
-lebih tidur
-makanan tidak seimbang
-pil perancang
-faraj
Tips menjaga kebersihan diri:
- Jangan basah kemaluan dengan sabun, buih dan spray
- Pakai pakaian dalam yang selesa
- Tukar pad selalu (dalam masa haid)
- Kemaluan sentiasa kering
2.0 KUMPULAN PENYAKIT-PENYAKIT BIASA
2.1 Alergik / alahan
Ianya berbeza mengikut kelas. Pesakit boleh mendapat alahan melalui berbagai cara termasuk menjaga makanan, kosmetik, losyen, tumbuhan, debu, bulu binatang dan jenis-jenis kain.
- Gatal seluruh badan
- Bengkak pada mulut, mata dan bibir
- Bengkak pada lidah dan kotak suara
- Asthma
- Shock (kejutan) dan tekanan darah rendah
2.2 Epistaksis (Pendarahan hidung)
Adalah sejenis penyakit biasa. Ia mungkin disebabkan oleh trauma, cedera atau patah tulang hidung. Tekanan darah tinggi dan penggunaan pencair darah mungkin merupakan sebab.
Rawatan:
- Pak bagi hidung (Nasal pack) tuala yang diisi dengan ais sejuk kering. Ianya dituamkan pada hidung.
- Baringkan pesakit dengan kepala mendongak sedikit supaya darah tidak keluar dengan banyak.
2.3 Gastrik dan Ulser
Sebab-sebab
- Merokok
- Alkohol
- Peminat aspirin
- Pengguna aspirin
- Pengguna Anti-Inflanmatory
- Peminat Cola dan minuman bergas
2.4 Darah tinggi
Darah kekal pada tahap lebih tinggi daripada 140/90 mmHg. Mungkin juga merupakan sekunder Atherosklerotik dan gemuk. Stress boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih dan sakit mudah mewarisi Lemah jantung.
2.5 Darah Rendah
Sebab-sebab
Hydration
Diabetes
Kesan sampingan drugs
Sakit terlau tua
Kehilangan bayak darah
2.6 Asthma
Pengecutan dan penyempitan tiba-tiba saluran pernafasan. Menjadikan pesakit sukar bernafas tercungap-cungap. Ia adalah kadang-kadang merupakan sekunder kepada Anaphylaxis.
3.0 Penutup:
Adalah beberapa huraian ringkas yang dapat penulis berikan pada kesempatan ini. Artikel ini adalah merupakan ringkasan, sebarang penjelasan dan pertanyaan adalah sangat-sangat memalukan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada penulis. Segala yang baik itu adalah dari Allah dan yang kurang itu adalah kejahilan diri penulis sendiri. Semoga Allah melindungi semua dari bahaya penyakit-penyakit dunia jasmani dan rohani. Sekian, salam hormat dari saya.
Selamat maju jaya.
Wallahu a’lam