Punca Jerawat Timbul

Pada asalnya, jerawat bermula apabila pori-pori kulit tersumbat, kemudiannya kuman-kuman yang bersifat anaerobic ( bertumbuh tanpa kehadiran oksigen) akan bertumbuh dan membiak dengan pantas dan menghasilkan rembesan yang dapat merosakkan jaringan-jaringan pada pori-pori kulit. Akhirnya, ia membiakkan kuman seperti Staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan luka jerawat atau acne lesion.

Faktor yang menyebabkan jerawat timbul masih tidak mempunyai sebarang jawapan jelas. Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan situasi yang menguatkan pertumbuhan jerawat.

Gaya Pemakanan

Berbeza dengan pemikiran bahawa makanan tertentu yang menyebabkan pertumbuhan jerawat, sebenarnya pola pemakanan itu sendiri yang mencetusnya. Pemakanan yang berminyak dan berlemak antara faktor paling tinggi penyebab tumbuhnya jerawat.

Hormon

Bagi wanita, pertumbuhan jerawat boleh menandakan mereka bakal mengalami menstruasi atau erti kata lain, haid.

Selain itu, perubahan hormon daripada kanak-kanak ke remaja juga boleh menjadi penyebab dan pencetus untuk pertumbuhan jerawat. Hal ini kerana tubuh menghadapi kesukaran untuk mengimbangi hormon-hormon tersebut.

Tambahan pula, hormon juga bergantung kepada emosi. Diri yang lebih tertekan akan boleh menandakan hormon yang bercelaru, justeru menyebabkan jerawat.

Akhir sekali, pertumbuhan jerawat paling galak apabila tubuh memiliki lebih hormon androgen berbanding estrogen, yang bertindak mengaktifkan rembesan kelenjar minyak.

Gaya Pembersihan

Membasuh kulit secara kasar seperti terlebih menggosok, boleh menyebabkan kulit kering dan radang kulit. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan jerawat merebak kerana keadaan kulit yang lemah. Elakkan pencuci wajah yang kuat. Biarpun ia mampu merawat, namun ia adalah sementara, dan sebaik sahaja anda menghentikan penggunaan produk tersebut, jerawat dan berbagai masalah kulit lain akan timbul dengan lebih galak. Memadai dengan menggunakan sabun yang lembut dan disapu pada kulit dan dibilas dengan lembut dan perlahan, terutamanya pada kulit wajah yang lebih rapuh daripada kulit bahagian tubuh yang lain.

Alahan

Disamping itu, pertumbuhan jerawat juga boleh dicetuskan dengan alahan pada kekacang, makanan laut, dan lain-lain. Ia bukan bergantung kepada bahan alahan, namun kepada reaksi alahan tersebut

Keturunan

Penelitian yang lebih khusus membuktikan anak-anak yang mengalami jerawat daripada ibu bapa yang berjerawat adalah jauh lebih banyak berbanding anak-anak yang memiliki ibu bapa yang tiada jerawat.

Pengambilan Kontraseptif

Antara yang boleh mempengaruhi pertumbuhan jerawat adalah kandungan hormon androgen yang tinggi dan kandungan estrogen yang rendah dalam pil perancang dan kontraseptif. Bagi yang mengambil kontraseptif, jika anda ada mengambil mana-mana jenis kontraseptif dibawah, maka ada kemungkinan ia antara penyebab pertumbuhan jerawat:

  Loestrin

Estrotep

 Fe Levien

–  Alesse

Ovral

–  Norestrin

–  Nuvo ring

Mirena ring

Suntikan Depoprovera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *