Mengawal Pundi Air Kencing
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, Allah telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatiah kalian tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan.” (Riwayat Abu Daud)
Saya sering tidak dapat mengawal pundi air kencing saya. Apa punca masalah ini berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Jawapan: Pundi kencing yang tidak dapat dikawal dikenali sebagai inkotinens urinari atau dalam kalangan masyarakat Melayu disebut sebagai kencing tidak lawas. Ia merujuk sebagai kebocoran atau titisan air kencing yang keluar tanpa sengaja.
Secara umumnya, kebocoran berlaku apabila tekanan pundi kencing melebihi tekanan salur kencing bawah yang dikenali sebagai uretra.
Kebocoran sering berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Kebocoran berlaku setiap kali ketawa, batuk atau melakukan senaman seperti berjoging dan melompat hingga menyebabkan pesakit kurang selesa dan ragu-ragu apabila ingin menunaikan solat.
Dalam kalangan masyarakat Melayu, ada yang percaya ia terjadi akibat kekurangan pengambilan air kosong setiap hari. Mengikut ilmu perubatan Cina pula, kencing tidak lawas yang berlaku berkait rapat dengan keadaan ginjal, limpa dan hati yang tidak seimbang antara yin dan yang.
Mengikut pakar perubatan sains pula, kencing tidak lawas terjadi akibat jangkitan kuman pada pundi kencing. Simptom pundi kencing dijangkiti kuman adalah kerap kencing, kencing terasa pedih, panas, sakit pada ari-ari dan kadangkala demam. Jika keadaan ini terjadi, pesakit dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Walau bagaimanapun, jika pesakit telah mengambil anfibiotik tetapi masih kerap kencing, pesakit mungkin mengalami masalah yang dikenali sebagai pundi kencing terlalu aktif atau kencing tidak lawas.
Punca yang menyebabkan pesakit tidak dapat menahan pundi air kencing daripada meleleh keluar kerana beberapa sebab di bawah:
1. Lantai pelvis yang mengendur atau lemah kesan daripada proses kelahiran yang kerap dan peneranan yang kuat sewaktu melahirkan juga menyumbang kepada kebocoran air kencing.
2. Menopaus kerana peningkatan usia menyebabkan keanjalan otot pelvis menjadi semakin lemah.
3. Masalah buasir.
4. Mengandung kerana berat bayi yang menekan pundi kencing boleh menyebabkan kebocoran air kencing dalam kalangan
wanita mengandung.
5. Masalah kegemukan yang melampau atau obesiti. Ada pelbagai ubat yang boleh digunakan untuk merawat pundi kencing aktif. Rawatan ubat yang paling kerap digunakan di Malaysia adalah penggunaan ubat yang dikenali sebagai t0lterodine atau detrulasitol. Pesakit dinasihatkan untuk mengamalkan senaman Kegel bagi menguatkan otot pelvis. Pesakit juga dinasihatkan agar mengelakkan daripada meminum minuman yang mempunyai kafein tinggi.
Bagi rawatan alternatif pula, ada beberapa herba yang boleh merawat kencing tidak lawas atau kebocoran ini, antaranya:
1. Korean Panax Ginseng
Di samping bermanfaat memberi tenaga kepada badan, ia juga berfungsi untuk melawaskan kencing.
2. Temulawak
Temulawak berkhasiat menguatkan lantai serta otot pelvis. Ia amat kerap digunakan oleh masyarakat Jawa selepas kelahiran. Ia juga anti radang yang berkesan serta berupaya menjaga kesihatan hati dan limpa.
3. Milk Thistle
Ia merupakan herba yang terkenal bagi penjagaan hati dan limpa. Seseorang itu perlu menyeimbangkan antara organ dalaman iaitu hati, limpa dan ginjal (buah pinggang) agar penyakit kencing tidak lawas atau kebocoran air kencing dapat dikawal.
4. Dandelion Leaf
Ia terkenal sebagai herba yang membantu mengeluarkan toksik dari dalam badan sekali gus membersihkan ginjal atau buah pinggang.
Kesemua herba di atas telah diadun dengan teliti bersama ramuan herba-herba lain untuk menjadikan herba Keira Knight sebagai herba yang perlu dicari. Ia dapat membantu untuk melegakan masalah dalaman wanita.